UKM Beri Anugerah Kehormat Kepada Tokoh Pendidikan Negara

2
Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 5 November 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada Prof Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, sempena Majlis Konvokesyen Ke-44 UKM yang berlangsung hari ini.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) adalah Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia, Majlis Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan dan Pengarah IAB Global (Inspiring Authentic Benevolence) serta turut memegang beberapa jawatan penting dalam sektor pendidikan.

Selama 40 tahun, beliau terlibat aktif sebagai pelaksana, penggubal, pencetus idea strategik berkaitan dasar transformasi-reformasi pendidikan, masyarakat, profesion dan budaya di peringkat komuniti, nasional, rantau Asia dan antarabangsa.

Kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan telah mengangkat beliau untuk menerima anugerah berprestij ini.ukmnewsportal-bm

1