Penyakit alahan hidung adalah radang yang berlaku dalam hidung apabila terdedah kepada “allergen” di udara. Contoh “allergen” adalah seperti debu, debunga dan haiwan peliharaan. Pesakit mengalami gejala hidung berair, bersin, gatal hidung dan hidung tersumbat.
Penyakit ini tidak merbahaya tetapi boleh menyebabkan pesakit merasa malu bila berada di khalayak ramai, mengalami gangguan tidur dan kurang konsentrasi. Ia dirawat dengan penggunaan semburan steroid intranasal secara berkala.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit alahan hidung dan teknik penggunaan semburan steroid intranasal yang betul, sila tonton video video ini.
Tajuk: Ujian Skin Prick Test at HUKM
Demonstrasi Ujian Skin Prick Test atau Ujian SPT yang di jalankan di klinik ENT, Hospital Canselor Tuanku Muhriz bagi mengesan alahan yang sering terjadi kepada pesakit-pesakit alahan hidung.
Sumber: YouTube (Kredit: Dr Farhan Fader)
Adakah anda sering terlupa menggunakan ubat semburan hidung? Muat Turun nada dering ini untuk digunakan sebagai ‘deringan alarm‘ di telefon bimbit anda 🙂