Jab Otorinolaringologi-HNS I Fakulti Perubatan

 Fakulti Perubatan UKM

OBJEKTIF JABATAN OTORINOLARINGOLOGI

Objektif Jabatan Otorinolaringologi adalah seperti berikut:

A)   Penjagaan pesakit

  • Menghormati hak – hak untuk menerima rawatan dan meningkatkan tahap kesihatan pesakit melalui perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan kos efektif. Hak pesakit – piagam pelanggan, perkhidmatan perubatan berkualiti – audit cencus pembedahan, kos effectiveness – audit kewangan.

B)   Pengajaran

  • Menyediakan program pengajaran yang meliputi teori dan praktikal dalam melahirkan doktor perubatan serta doktor pakar Otorinolaringologi –  Surgeri Kepala Leher yang cekap dan berkeyakinan. (program pengajaran – silibus, senarai graduan)
  • Menjadi pusat latihan serta rujukan berkepakaran tertinggi bagi negaran dan rantau Asia.

C)   Penyelidikan

  • Menjalankan aktiviti penyelidikan perubatan dan inovasi yang berterusan bagi mengenalpasti kaedah perawatan terkini dengan kerjasama saintis, pakar klinikal serta industri perubatan.
  • Menggalakkan secara aktif penerbitan kertas – kertas saintifik di dalam jurnal dan persidangan oleh pelajar dan kakitangan klinikal.