Jab Otorinolaringologi-HNS I Fakulti Perubatan

 Fakulti Perubatan UKM

Pemilihan dan Polisi Kemasukan

Polisi kemasukan diterangkan dengan jelas didalam Akta Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) dan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) untuk Program Sarjana dan Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Proses pemilihan melibatkan calon mengambil peperiksaan kemasukan untuk menguji pengetahuan dan temuduga untuk menguji perwatakan. Peperiksaan kemasukan  mengandungi sebanyak 40 soalan pelbagai pilihan. Soalan-soalan ini menguji calon-calon dalam penyakit asas ENT. Soalan-soalan ini ditapis di peringkat jabatan.

Panel penemuduga terdiri daripada ketua Jabatan atau kooedinator program atau pensyarah Senior dan satu wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan ketelusan dan tiada sebarang ketidakadialan dalam pemilihan. Calon-calon seharusnya memenuhi segala kriteria-kriteria diatas dan bersedia dengan pengetahuan asas, mempunyai perwatakan yang baik dan berpersonaliti. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam posting di bahagian ORL-HNS, pembedahan dan telah beryaja menyiapkan MRCS. Proses pemilihan perlu memastikan bahawa hanya calon yang sesuai dan berkeupayaan dipilah. Keputusan akan diumumkan kepada calon-calon melalui Pengajian Pasca-siswazah.

Calon antarabangsa seharusnya mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dengan markah IELTS sebanyak 7.0. Calon-calon mesti lulus Peperiksaan kemasukan “Conjoint Board” atau yang setara dengan Peperiksaan Tahap I (sebagai contoh MRCS tahap I, II dan/atau III), yang mana diiktiraf oleh “ Conjoint Board”. Hanya calon yang memenuhi segala criteria akan dipanggil untuk sesi temuduga. Kelas kelancaran Bahasa Malaysia akan diberikan kepada pelajar-pelajar bangsa asing.