PROGRAM KPT PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS)-HCTM

Pada 02 – 03 September 2022, Jabatan Otorinolaringologi telah menjalankan Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS)-HCTM di Kampung Sri Lalang Laut,Mersing,Johor. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Program ini dijalankan bagi memberi khidmat saringan kesihatan kepada penduduk setempat dikawasan tersebut. Antara saringan kesihatan yang dijalankan ialah saringan (telinga,hidung dan tekak), ujian alergi, ujian saringan bau, saringan kesihatan gigi dan tidak ketinggalan juga aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak yang hadir.

Program ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak dan ahli jawatankuasa yang terlibat. TAHNIAH diucapkan!!

ujian saringan bau.                                       saringan kesihatan gigi
saringan kesihatan (telinga,hidung dan tekak)  ujian alergi
sebahagian Ahli Jawatankuasa yang terlibat.