TAHNIAH,DR FARID SYAMIL!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr Farid Syamil, calon pascasiswazah Otorinolaringologi–Pembedahan Kepala & Leher (ORL-HNS) dari Jabatan ORL-HNS, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, atas kejayaan merangkul Johan dalam Kategori Pembentangan Lisan di Annual Scientific Meeting (ASM) anjuran College of Otorhinolaryngologists – Head and Neck Surgeons, Academy of Medicine Malaysia (CORLAMM), yang telah berlangsung pada 3 April 2026 di Connexion Nexus, Bangsar South.

Pembentangan beliau yang bertajuk “Shrimp Paste–Induced Nasal Symptoms Among Adults with Allergic Rhinitis” mengetengahkan penyelidikan klinikal yang teliti serta kepentingan faktor pemakanan tempatan sebagai pencetus penyakit alahan hidung.Dr Farid bersama pasukan penyelidiknya yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Aneeza Khairiyah Wan Hamizan terus memperlihatkan semangat kecemerlangan akademik dan sifat ingin tahu saintifik yang memacu kemajuan jabatan kami.
Kami juga dengan bangganya merakamkan penghargaan kepada Dr Farhana Kamaruzaman dan Dr Stacy Arvinna yang turut mewakili UKM bersama Dr Farid dalam persidangan saintifik ini. Syabas kepada semua, dan semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai lagi.

Heartiest congratulations to Dr Farid Syamil, an Otorhinolaryngology–Head & Neck Surgery (ORL‑HNS) postgraduate candidate from the Department of ORL‑HNS, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, for winning the First Prize in the Oral Presentation Category at the Annual Scientific Meeting (ASM) organised by the College of Otorhinolaryngologists – Head and Neck Surgeons, Academy of Medicine Malaysia (CORLAMM), held on 3 April 2026 at Connexion Nexus, Bangsar South. His presentation, “Shrimp Paste–Induced Nasal Symptoms Among Adults with Allergic Rhinitis,” showcased rigorous clinical inquiry and the growing relevance of local dietary triggers in allergic nasal disease. Dr Farid and his research team, led by Assoc. Prof. Dr Aneeza Khairiyah Wan Hamizan, continue to exemplify the spirit of academic excellence and scientific curiosity that drives our department forward.
We also proudly acknowledge Dr Farhana Kamaruzaman and Dr Stacy Arvinna, who represented UKM alongside Dr Farid at this scientific meeting. Well done to all, and may these achievements inspire many more.