You are currently viewing Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat UKM

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat UKM

YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM merasmikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat UKM dan Program Gotong-Royong Perdana EKSA UKM 2023.

Majlis perasmian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat UKM yang diadakan pada hari ini merupakan satu titik permulaan kepada UKM untuk melaksanakan prakarsa Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA yang merupakan Evolusi Baharu Sistem Persekitaran Berkualiti (SPB).

Berpegang kepada Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), UKM kini sederap mengorak langkah bersama Universiti Awam yang lain untuk menjadikan EKSA sebagai agenda peningkatan pembudayaan kualiti dan inovasi dalam kalangan warga UKM.

Pelaksanaan EKSA ini juga merupakan satu aspirasi yang mendukung kepada kebitaraan i-Minda di bawah prakarsa advokasi di dalam Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM. Secara umumya, advokasi sebenarnya merupakan pemikiran dan strategi yang sistematik dalam mencetuskan idea perubahan demi menunjukkan sokongan untuk pembangunan individu, masyarakat dan negara.

Tahniah kepada Jawatankuasa Induk dan Pelaksana EKSA yang bertungkus lumus menjayakan usaha ini. Sebanyak 13 PTj telah dikenalpasti sebagai PTj rintis kepada pelaksanaan EKSA di UKM. Syabas diucapkan kepada semua PTj yang terlibat.
Turut hadir, Prof. Madya Dr Roziah Sidik @ Mat Sidek ; Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM) dan Prof. Madya Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman; Timbalan Pengarah Eksekutif (Kelestarian), Pusat Strategi UKM merangkap Timbalan Wakil Pengurusan.