You are currently viewing Gotong-Royong Perumahan Bukit Puteri

Gotong-Royong Perumahan Bukit Puteri

Gotong-Royong Perumahan Bukit Puteri yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan, Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (IKOM-UKM) dan Jabatan Pembangunan Prasarana telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Mac 2023. Aktiviti gotong-royong ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM.
 
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mengecat Balai Raya dan Surau Perumahan Bukit Puteri, membersihkan kawasan perumahan penduduk serta membersihkan rumah-rumah yang tidak berpenghuni bagi melancarkan lagi proses penyelenggaraan dijalankan.
 
Inisiatif ini adalah untuk memupuk kerjasama disamping mengeratkan silaturrahim antara warga UKM dan penduduk Perumahan Bukit Puteri bagi memastikan persekitaran universiti yang bersih dan kondusif.
 
Terima kasih diucapkan kepada wakil dari Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (IKOM-UKM), Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP-UKM), penduduk perumahan Bukit Puteri dan warga UKM yang terlibat bagi menjayakan aktiviti gotong-royong ini.