Majlis Penutup Konvensyen Kumpulan Invovatif & Kreatif UKM Kali ke-25 & Lean@UKM Kali ke-3 disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadak, Pendaftar UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, dan YBrs. Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timb. Pengarah HCTM Sebanyak 8 kumpulan KIK dan 6 kumpulan Lean@UKM telah menyertai pembentangan pada konvensyen pada kali ini.
Keberjayaan konvensyen ini menterjemahkan nilai Talent (Bakat) dalam TERAS UKM sebagai Naratif Baharu UKM. Melalui konvensyen ini, ianya mampu menggilap inovasi & kreativiti seterusnya sekaligus memperkasa warga UKM dalam melakukan transformasi perkhidmatan yang lebih baik dari segi responsif, beretika, telus dan berinformatif.
Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang merangkul kejayaan dan anugerah dalam konvensyen kali ini. Rakaman penghargaan juga turut diberikan kepada Jawatankuasa Penganjur yang diterajui oleh Jabatan Pendaftar, Pusat Jaminan Kualitu (Kualiti-UKM) dan Jabatan Kualiti, HCTM yang berjaya menganjurkan konvensyen ini dengan jayanya.

























