You are currently viewing Lawatan Penanda Aras dari Universiti Sains Malaysia (USM)

Lawatan Penanda Aras dari Universiti Sains Malaysia (USM)

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, USM telah mengadakan lawatan penanda arasan ke Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU, BPK, Jabatan Pendaftar, Kolej Dato’ Onn dan Pusat Hal Ehwal Pelajar.
 
Lawatan ini bertujuan untuk bertukar pandangan berkenaan pengurusan OKU dan melawat fasiliti-fasiliti mesra OKU UKM.
 
Lawatan ini diketuai oleh Cik Jelfariny, Timbalan Pendaftar BHEPA, USM bersama 4 orang pegawai lain. Turut hadir bersama dalam sesi ini adalah Cik Najatulmuna Hamdan, Ketua BPK, Jabatan Pendaftar dan Encik Muhammad Amirul, Ketua Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU, BPK, Jabatan Pendaftar.