You are currently viewing Lawatan Pusat Pengundian  PRU15, Dataran Gemilang UKM

Lawatan Pusat Pengundian PRU15, Dataran Gemilang UKM

Dewan Gemilang UKM akan dijadikan Pusat Pengundian bagi Parlimen Bangi menjelang hari mengundi pada 19 November 2022. YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM telah meluangkan masa melawat Tapak Pusat Pengundian PRU15 di Dewan Gemilang, UKM Bangi.
 
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Malaysia, YBhg. Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM dan YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM.