Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan (MPAP) UKM Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Canselor Abdul Razak hari ini meraikan 767 warga bagi khidmat dan kecemerlangan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Mereka terdiri daripada dua penerima Anugerah Perkhidmatan 40 Tahun, 82 penerima Anugerah Perkhidmatan 30 Tahun, 185 penerima Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun serta 498 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penerima atas sumbangan serta dedikasi yang diberikan kepada universiti.
Beliau turut menyeru seluruh warga UKM untuk terus mengamalkan budaya kerja berpasukan, memelihara integriti serta sentiasa mencari ruang untuk meningkatkan mutu penyampaian dan perkhidmatan kepada universiti.
Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Yeow Wah Chin, Timbalan-Timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti.












