You are currently viewing Program Jati Diri Watan UKM Siri 6 2024

Program Jati Diri Watan UKM Siri 6 2024

Program Jati Diri Watan anjuran Jabatan Pendaftar UKM Siri 6 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan, Gunung Pulai, Johor yang bermula 16 Februari 2024 telah melabuhkan tirainya semalam. Program Jati Diri Watan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak.
 
Program cetusan idea Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman bersama YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM merangkap Pengerusi Program Jati Diri Watan ini bertujuan memupuk semangat keserakanan, mengukuhkan nilai kepimpinan dan kerja berpasukan dalam usaha memacu matlamat Universiti Watan ini.
Siri kali ini telah melibatkan peserta seramai 98 warga yang terdiri daripada pegawai P&P dan staf pelaksana. Dalam kem ini juga telah diadakan sesi perkongsian santai antara Naib Canselor bersama para peserta. Semasa berlangsungnya sesi tersebut, Naib Canselor telah berkongsi aspirasi, misi dan visi beliau bagi kecemerlangan universiti watan ini. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan terima kasih kepada barisan urusetia yang menjayakan usaha ini.
 
Turut hadir bersama ialah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa; Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri & Masyarakat; Prof. Madya. Dr. Mohd Suzereen Md Jamil, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni); dan Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar; Encik Abdul Rahman Mohd Nordin, Presiden KESUKMA merangkap Setiausaha Agung CUEPACS.