You are currently viewing Solat Terawih Pertama 2024 Di Masjid UKM

Solat Terawih Pertama 2024 Di Masjid UKM

Sekitar suasana di Masjid UKM semalam, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir meluangkan masa menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia.
 
Semalam merupakan malam pertama umat Islam menunaikan solat tarawih sebelum melaksanakan ibadah puasa. Lebih dari 1,000 jemaah yang terdiri daripada pelajar, warga UKM dan penduduk sekitar Bangi hadir menunaikan solat tarawih di Masjid UKM.
 
Semoga semua warga UKM yang beragama Islam akan sentiasa bersemangat dalam menunaikan ibadah puasa dan marilah bersama-sama mengimarahkan bulan yang mulai ini dengan ibadah kepada Allah.