BENGKEL PEMURNIAN AKHIR DOKUMEN RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN NEGERI KEDAH 2026–2035

BENGKEL PEMURNIAN AKHIR DOKUMEN RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN NEGERI KEDAH 2026–2035
 
1–3 September 2026 | Hotel Purest, Sungai Petani, Kedah
 
Bengkel Pemurnian Akhir Dokumen Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) Negeri Kedah 2026–2035 telah berlangsung selama tiga hari bagi memperhalusi dan memuktamadkan dokumen strategik yang akan menjadi panduan pengurusan sumber hutan Negeri Kedah untuk tempoh sepuluh tahun akan datang.
 
Projek Pembangunan Dokumen ini diketuai oleh Dr. Shamsul Khamis, Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser dan dianggotai oleh para perunding pakar dalam bidang masing- masing iaitu antarannya En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad (Ketua Pegawai Penyelidik PPL-ALAF UKM). 
 
Bengkel ini melibatkan pihak pengurusan tertinggi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah bersama para perunding dan penyelidik. Dalam sesi pembentangan akhir, setiap perunding dan penyelidik membentangkan dapatan, analisis serta cadangan berdasarkan bidang kepakaran masing-masing, sekali gus membolehkan setiap komponen RPH diteliti dan dimurnikan secara menyeluruh.
 
Perbincangan dan maklum balas yang diterima penting bagi memastikan RPH Negeri Kedah 2026–2035 disediakan secara bersepadu serta berteraskan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHS), dengan mengambil kira pemeliharaan sumber hutan, biodiversiti, perkhidmatan ekosistem dan cabaran pengurusan hutan semasa serta masa hadapan.
 
Semoga dokumen ini menjadi panduan kukuh dalam memastikan khazanah hutan Negeri Kedah terus diurus, dipelihara dan diwariskan secara lestari kepada generasi akan datang.

Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL),
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,
Jalan Teluk Yu,
07000, Pulau Langkawi, Kedah

🌐 https://www.ukm.my/pplalaf/

Telefon: +604 959 1207/ 1248
Emel: ppl-alaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Ahad – Rabu
Sunday – Wednesday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Khamis
Thursday
08:00 – 15:30
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

IMAN ILMU AMAL

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Langkawi