Pusat Penyelidikan Langkawi

 Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF) Universiti Kebangsaan Malaysia

PROFIL

Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) adalah salah sebuah makmal alami di bawah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) yang ditubuhkan bagi menyelaras dan memperkasa aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan empat makmal alami dan dua makmal fizikal di UKM secara lebih strategik dan terancang. Langkawi telah diisytiharkan sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) pada 1hb Jun 2007, iaitu yang pertama sekali di Asia Tenggara. PPL ditubuhkan pada tahun 2002 bagi menyokong penyelidikan tentang penilaian dan pemuliharaan warisan tabii (geologi dan biologi) dan warisan budaya, kemudiannya diterjemahkan kepada pembangunan geopelancongan yang mendatangkan faedah ekonomi kepada masyarakat setempat.

Langkawi Research Centre (PPL) is one of the natural laboratories under the Centre for Natural and Physical Laboratory Management UKM (ALAF-UKM), which was established to coordinate and strengthen the research and service activities of four natural laboratories and two physical laboratories at UKM in a more strategic and planned manner. Langkawi was declared a Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) on June 1, 2007, the first in Southeast Asia. PPL was established in 2002 to support research on the assessment and conservation of natural (geological and biological) and cultural heritage, later translated into the development of geotourism that brings economic benefits to local communities.