PPL Menjadi Rujukan Untuk Penambahbaikan Sukatan Matapelajaran Geografi KPM
11/6/2025 – Lawatan dan Perbincangan bersama Unit Geografi dan Alam Sekitar, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pedidikan Malaysia(KPM) di PPL UKM. Fokus lawatan adalah mendapatkan input-input terkini penemuan dan fakta menarik hasil kajian UKM untuk penambahbaikan sukatan matapelajaran Geografi. Delegasi seramai 40 orang yang merupakan pegawai-pegawai pendidikan/penggubal sukatan matapelajaran Geografi dari seluruh negara yang diketuai oleh En Kumaresan a/l M Subramaniam, Ketua Penolong Pengarah Unit Geografi & Pendidikan Alam Sekitar BPK, KPM. Rata-rata delegasi menzahirkan keterujaan dengan fakta dan penemuan hasil kajian-kajian oleh UKM.