APGN Symposium 2026
APGN Symposium 2026— It’s a Wrap!
Selesai sudah The 9th Asia Pacific Geoparks Network (APGN) Symposium 2026 di Langkawi. Satu pengalaman yang sangat bermakna buat Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), UKM melalui penglibatan sebagai sebahagian daripada Jawatankuasa Saintifik, bersama-sama menyumbang kepada perkongsian ilmu, penyelidikan dan jaringan dalam komuniti geopark Asia Pasifik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PPG dan LADA atas kepercayaan, kerjasama dan komitmen sepanjang menjayakan symposium ini. Tidak dilupakan juga kepada semua jawatankuasa, rakan strategik, urus setia, sukarelawan, peserta serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung — setiap sumbangan anda amat bermakna.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan jaringan yang terjalin sepanjang APGN Symposium 2026 menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama dalam memperkasa geopark, geowarisan dan kelestarian pada masa hadapan.
Selesai satu amanah, terukir sebuah pengalaman. Terima kasih semua dan jumpa lagi!















