Bengkel Pemantapan MyBIS
Bengkel Pemantapan MyBIS
29–30 Julai 2026 | Ames Hotel, Melaka
Makmal Alami ALAF UKM yang diwakili oleh Nik Mohd Noor Faizul Md Saad (Pusat Penyelidikan Langkawi), Asbiyatulaida Derahman (Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin) dan Muhammad Izzat Emir Kamal (Pusat Penyelidikan Tasik Chini) telah menyertai Bengkel Kumpulan Pakar Pemantapan Malaysian Biodiversity Information System (MyBIS) anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang berlangsung di Ames Hotel, Melaka.
Bengkel ini memfokuskan kepada pemantapan aspek taksonomi, penyeragaman dan kemasukan data, pengukuhan kualiti maklumat biodiversiti serta pembangunan automasi pengurusan data bagi memperkasakan MyBIS sebagai platform rujukan biodiversiti negara.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen ALAF UKM dalam menyokong pembangunan pangkalan data biodiversiti yang lebih sistematik, tepat dan bersepadu, sekali gus memperkukuh penyelidikan, pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti Malaysia.

