Geopark dalam Geopark Masterclass School Module 2026
Slot Research @ Geopark dalam Geopark Masterclass School Module 2026.
PPL menjadi sebahagian lokasi pembelajaran program pembangunan profesional lebih 50 orang guru dari seluruh Langkawi yang dianjurkan oleh LADA bagi memperkasakan pendidikan geopark dan kelestarian di sekolah.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai warisan geologi, biodiversiti, budaya dan pembangunan mampan serta kaedah mengintegrasikan elemen-elemen tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.
Melalui pendekatan CEPA (Communication, Education, Participation and Awareness), program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penglibatan warga pendidikan dalam usaha memelihara warisan alam serta menyokong agenda pembangunan lestari di Malaysia.





