Lawatan Pembelajaran Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

Lawatan Pembelajaran Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

Lawatan Pembelajaran Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), UKM berbesar hati menerima kunjungan pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dalam satu sesi lawatan pembelajaran ke Galeri PPL.
 
Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang meneroka dan mendapatkan pendedahan mengenai keunikan Langkawi UNESCO Global Geopark, termasuk khazanah geologi, biodiversiti serta warisan semula jadi dan budaya Langkawi.
 
Lawatan ini turut menjadi ruang perkongsian ilmu yang dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran generasi muda tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar, kelestarian dan pembangunan secara lestari.
Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang kunjungan ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus menghargai, memelihara dan menyumbang kepada usaha kelestarian khazanah alam untuk generasi akan datang.