Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Sekolah Lestari
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar (SLAAS).
Suatu program penilaian Kelestarian sekolah – sekolah di Malaysia yang telah dilaksanakan sejak 2005. Program yang telah melahirkan sekolah-sekolah lestari serta membantu merealisasikan aspirasi kemenjadian murid yang holistik.
PPL ALAF-UKM melalui Encik Nik Mohd Noor Faizul Md Saad, Ketua Pegawai Penyelidik telah selesai menjalankan amanah yang diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia dalam 3- 4 tahun ini:
- Menjadi perunding utama Pembangunan Sistem Maklumat Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (MySLAAS). Sejak 2023-2024
- Melaksanakan SLAAS sebagai Panel Penilai Kebangsaan untuk kitaran ke 8 (2025-2026). Dengan penggunaan MySLAAS sepenuhnya.
Jutaan terima kasih kepada sekolah-sekolah terutamanya semua rakan-rakan guru yang menyokong dan memberi komitmen yang padu terhadap program ini.
Terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar yang sentiasa ke hadapan memastikan pendidikan alam Sekitar sentiasa akan terus dipacu terutamanya untuk generasi muda.