MoU PPL dan Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad Kukuhkan Kerjasama

Satu pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad telah berlangsung di Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2025. UKM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor manakala, Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad diwakili oleh Pengerusinya, Ahmad Nizar Hanapiah. Pertukaran MoU ini disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Mohamad Azhan Md. Amir. MoU ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang pelancongan berasaskan ilmu (edu-tourism), latihan dan pembangunan kapasiti komuniti, inovasi produk pelancongan, serta amalan terbaik pemuliharaan alam sekitar.
Lanjut di Instagram dan Facebook