PPL-ALAF UKM SUMBANG KEPAKARAN DALAM PENILAIAN SEKOLAH MAMPAN
PPL-ALAF UKM SUMBANG KEPAKARAN DALAM PENILAIAN SEKOLAH MAMPAN KUALA LUMPUR
Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), ALAF UKM terus menyumbang kepakaran dalam menyokong usaha membudayakan kelestarian melalui institusi pendidikan.
En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad, Ketua Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), ALAF UKM, telah dilantik sebagai Panel Penilai Program Penarafan dan Penganugerahan Sekolah Mampan Kuala Lumpur.
Sepanjang proses penilaian, pelbagai inisiatif, inovasi dan amalan kelestarian yang dilaksanakan oleh warga sekolah amat membanggakan. Usaha ini bukan sahaja menyokong pemeliharaan alam sekitar, malah menyumbang kepada kemenjadian murid secara holistik.
Syabas kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas inisiatif ini serta kepada para guru dan warga sekolah atas komitmen dalam membudayakan kelestarian.
Diharapkan lebih banyak sekolah akan tampil menyertai program seumpama ini. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, yang lebih penting ialah proses pembelajaran, penambahbaikan berterusan dan pembudayaan amalan lestari.












