Warga Saintis @ Wetland Putrajaya
Warga Saintis@Wetland Putrajaya
Encik Nik Mohd Noor Faizul, Ketua Pegawai Penyelidik PPL- ALAF bersama Ekorelawan UKM yang diterajuinya hadir sebagai Modular dan Fasilitator kepada program yang melibatkan 500 ahli komuniti ini yang diadakan di Wetland, Putrajaya.
Ekorelawan UKM mengetengahkan produk upcycling yang tidak asing lagi iaitu SCANDLE (Scented Candle) yang merupakan Lilin Aroma daripada minyak masak terpakai.
Ekorelawan UKM dijemput oleh Perbadanan Putrajaya untuk menghasilkan 500 buah SCANDLE untuk diberikan kepada para peserta/pengunjung program ini.
Terima kasih atas kunjungan Presiden Perbadanan Putrajaya dan ratusan peserta/pengunjung ke Booth Ekorelawan UKM, “with knowledge we serve the community”.



