WEBINAR PROGRAM KAMPUS LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR (KLAAS) 2026

WEBINAR PROGRAM KAMPUS LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR (KLAAS) 2026

Pada 2 September 2026, telah berlangsung Webinar Program Kampus Lestari – Anugerah Alam Sekitar (KLAAS) bertemakan “Transformasi Kampus Hijau Melalui Program Kampus Lestari” sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh agenda kelestarian serta pembudayaan kampus hijau di institusi pendidikan tinggi.

Webinar ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Helmi Ahmad, Timbalan Pengarah, Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar (JAS), manakala sesi perkongsian dan perbincangan telah dimoderatorkan oleh Encik Ahmad Bukhori Najmi.

Webinar dimulakan dengan perkongsian Puan Roslina binti Diwa, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Strategik, JAS menerusi tajuk “Aspirasi Pelaksanaan KLAAS”, yang mengetengahkan aspirasi dan hala tuju pelaksanaan program. Seterusnya, Profesor Dr. Ahmad Fariz bin Mohamed, Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM membentangkan tajuk “Memahami Parameter dan Kaedah Penilaian KLAAS”, dengan memberi penekanan kepada aspek serta kaedah penilaian yang perlu difahami oleh institusi yang terlibat.

Perkongsian diteruskan oleh Encik Nik Mohd Noor Faizul bin Md Saad, Ketua Pegawai Penyelidik, Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF), UKM menerusi tajuk “Pengumpulan Data”. Sementara itu, Prof. Madya Ts. Dr. Khairi bin Khalid, Pengarah, UiTM Green Centre (UGC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkongsi pengalaman melalui “Sesi Perkongsian Universiti Awam (UA)”, manakala Encik Muhamad Jais bin Gimin, Penyelaras Smart Green, Politeknik Merlimau Melaka melengkapkan sesi menerusi “Sesi Perkongsian Politeknik”.

Keseluruhan perkongsian memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh mengenai pelaksanaan KLAAS, daripada aspirasi program, parameter dan kaedah penilaian serta pengumpulan data, sehinggalah kepada pengalaman sebenar institusi dalam melaksanakan inisiatif kelestarian. Program ini turut memperkukuh sinergi antara Jabatan Alam Sekitar dan institusi pendidikan tinggi dalam membudayakan amalan lestari serta memacu transformasi kampus ke arah persekitaran yang lebih hijau dan mampan.
 

Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL),
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,
Jalan Teluk Yu,
07000, Pulau Langkawi, Kedah

🌐 https://www.ukm.my/pplalaf/

Telefon: +604 959 1207/ 1248
Emel: ppl-alaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Ahad – Rabu
Sunday – Wednesday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Khamis
Thursday
08:00 – 15:30
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

IMAN ILMU AMAL

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Langkawi