loader image

Pusat Penyelidikan Tasik Chini On The News

WhatsApp-Image-2024-10-11-at-4.08.29-PM-1-1024x768
News
Mohd Radzi

PPTC PERKASA TEKNOLOGI TRADISIONAL ORANG ASLI β€˜JAKUN’

PPTC PERKASA TEKNOLOGI TRADISIONAL ORANG ASLI β€˜JAKUN’ Pusat Penyelidikan Tasik Chini Facebook-f Twitter Google-plus-g Instagram Oleh : Fansurina Abdullah KUALA LUMPUR, 11 OKTOBER 2024 : Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memfokuskan kepada pemerkasaan masyarakat Orang Asli dari suku kaum Jakun dengan mengetengahkan teknologi tradisional dalam penghasilan produk berasaskan sumber hutan. Ketua Makmal PPTC, Profesor Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya berkata, menerusi Projek Kraf Orang Asli Eco-Forestry, beberapa produk berasaskan sumber hutan menggunakan amalan tradisional Orang Asli dapat dimanfaatkan menerusi pengetahuan mendalam mereka tentang hutan untuk mengumpul bahan seperti kayu, buluh, dan rotan secara mesra alam. β€œUsaha ini amat penting kerana yang pertamanya dapat menghasilkan satu produk baru untuk Tasik Chini Biosphere Reserve terutama sekali memperkasakan sosioekonomi Orang Asli. β€œKita juga mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak yang ingin sama-sama memperkenalkan seni Orang Asli ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pameran bersempena International Greentech And Eco Products Exhibition And Conference Malaysia (IGEM) 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari bermula Rabu lepas. Beliau berkata, pemeliharaan kemahiran budaya Orang Asli dalam menghasilkan barangan seperti ukiran peralatan sambil memberikan pemberdayaan ekonomi melalui penjualan produk mesra alam berkualiti tinggi kepada pasaran tempatan dan global. Jelasnya, pendekatan ini memastikan mata pencarian yang mampan, melindungi persekitaran mereka, dan mengukuhkan warisan budaya mereka, sambil menawarkan peluang pendapatan dan akses pasaran yang baru. Pada IGEM 2024, tujuh agensi sebagai pempamer telah turut serta iaitu Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), UMPSA Holdings Sdn Bhd, Cenergi Sea Berhad, Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Perbadanan Taman Negeri Pahang dan PlanMalaysia Pahang. Pada penyertaan kali pertama pada 2023, Pahang telah dinobatkan sebagai juara bagi anugerah States Innovation Awards. – PAHANGMEDIA SUMBER Previous PostWIRAWATI TASIK CHINI

Read More Β»
Wirawati
News
Mohd Radzi

WIRAWATI TASIK CHINI

WIRAWATI TASIK CHINI Pusat Penyelidikan Tasik Chini Facebook-f Twitter Google-plus-g Instagram TASIK Chini yang terkenal dengan lagenda ‘Naga Sri Gumum,’ seolah-olah menggamit kehadiran Pegawai Penyelidik, Nur Amelia Abas, 43, datang mencurah ilmu untuk melakukan kajian dalam pelbagai bidang yang diperlukan.Selain melakukan kajian membabitkan flora dan fauna serta tumbuhan akuatik, kualiti air termasuk hidupan liar, tumpuan juga diberikan terhadap sosioekonomi masyarakat Orang Asli setempat. Nur Amelia berkata, dia mula mengenali Tasik Chini sejak 24 tahun lalu selepas mengikuti program ekspedisi saintifik Tasik Chini ketika menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menurutnya, selepas menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Sekitaran, dia ditawarkan berkhidmat dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Fakulti Sains dan Teknologi UKM pada 2008. “Bak ungkapan Melayu ‘Orang mengantuk disorongkan bantal,’ minat yang mendalam terhadap bidang penyelidikan mula diterjemahkan di Tasik Chini yang sememangnya memiliki pelbagai keunikan untuk terus diteroka dan dikongsi hasil penemuan dengan masyarakat. “Sejak di bangku sekolah saya memang meminati bidang penyelidikan dan hari ini saya berpuas hati dan berbangga menjadi individu yang ditugaskan untuk melakukan kajian dalam pelbagai bidang diperlukan,” Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, pada peringkat awal menetap di PPTC yang terletak dalam hutan dan beberapa meter dari Tasik Chini, dia agak sukar menerimanya namun selepas beberapa bulan timbul rasa seronok dan gembira dengan suasana persekitaran bertemankan unggas dan hutan semula jadi. Nur Amelia berkata, selain melakukan kajian dia juga turut terbabit dalam aktiviti mempromosi Tasik Chini sebagai produk pelancongan yang mempunyai tarikan tersendiri. “Terdapat 12 tasik atau laut seperti Gumum, Balai, Chenahan, Jerangking, Tengkok, Mempitih, Kenawar, Geraham Buaya, Serodong, Batu Busuk, Labuh, Jemberai. Malah terdapat juga beberapa pulau kecil seperti Pulau Kura-kura, Pulau Balai, Pulau Bangau, Pulau Besar dan Permatang Badak,” katanya. Katanya, Tasik Chini juga terletak hampir dengan Sungai Pahang dan apabila musim tengkujuh paras air Tasik Chini meningkat. Faktor berkenaan juga menyebabkan kejadian banjir. “Selepas 16 tahun berkhidmat di PPTC pengalaman paling manis dapat dilakar apabila berjaya membantu kerajaan Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) tahun lalu. “Saya salah seorang dalam pasukan yang bertanggungjawab menyediakan laporan secara berkala membabitkan pelbagai aspek dalam memastikan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini dapat terus kekal sekali gus mengharumkan nama Pahang seterusnya negara ini. “Sebagai penyelidik, tiada yang lebih bermakna melainkan dapat meletakkan Tasik Chini pada landasan sebenar dan dinobat sebagai khazanah negara begitu bernilai yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya. Nur Amelia yang mendapat sokongan suami, Mohd Radzi Ab Rahim, 43, kini bertugas sebumbung dengannya menambah, tugasnya turut memerlukan beliau terbabit membantu masyarakat Orang Asli menambahkan sumber pendapatan termasuk memberi latihan. Katanya, sebahagian golongan dewasa Orang Asli di beberapa kampung di kawasan Tasik Chini dikenalinya. Dari masa ke masa, perjumpaan diadakan sebagai bukti keprihatinan PPTC pada masyarakat pribumi itu yang terlebih dahulu menetap di sini. Menurutnya, menaiki bot antara aktiviti yang dilakukan dalam Tasik Chini untuk melihat tumbuhan rumpai air termasuk pokok teratai. Tinjauan turut membabitkan hidupan air seperti ikan yang menjadi sumber makanan

Read More Β»
41719178289_PusatPenyelidikanT
News
Mohd Radzi

Tasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan

PPTC PERKASA TEKNOLOGI TRADISIONAL ORANG ASLI β€˜JAKUN’ Pusat Penyelidikan Tasik Chini Facebook-f Twitter Google-plus-g Instagram PEKAN: Destinasi pelancongan alam semula jadi Tasik Chini di sini yang terjejas suatu ketika dahulu kini sedia menerima lebih ramai pengunjung menerusi penawaran pakej pelancongan berasaskan pendidikan (edu-tourism). Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata beberapa pakej pelancongan ditawarkan menerusi Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang menyasarkan pengunjung terdiri pelajar sekolah dan universiti. Di samping pelaksanaan pelan pembangunan Tasik Chini yang dijangka siap pada Oktober, beliau berkata promosi pelancongan berasaskan pendidikan ini dilaksanakan bagi mengembalikan kegemilangan Tasik Chini yang pernah popular dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara. “Pengunjung boleh mendapatkan kemudahan disediakan di sini menerusi pakej dan aktiviti berasaskan pendidikan. Kita galakkan pihak universiti dan sekolah adakan program di sini untuk belajar tentang alam semula jadi dan melihat keunikan yang ada,” katanya.Β Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Libat Urus: Penyediaan Pelan Pembangunan Pengurusan Tasik Chini Rizab Biosfera anjuran Perbadanan Taman Negeri Pahang yang disertai 18 agensi dan empat perkampungan Orang Asli di PPTC di sini semalam.Β Antara aktiviti tersedia termasuk pengunjung akan didedahkan dengan gaya hidup dan budaya orang asal, alam semula jadi seperti tumbuhan serta haiwan sekitar pusat pelancongan itu selain pengetahuan mengenai pengurusan dan keselamatan dalam air.Β Leong berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk merancakkan lagi destinasi pelancongan berkenaan antara lain dilihat dapat membantu menjana pendapatan penduduk setempat.– BERNAMA SUMBER Next NewsPPTC PERKASA TEKNOLOGI TRADISIONAL ORANG ASLI β€˜JAKUN’

Read More Β»
Bernama
News
Mohd Radzi

TASUK CHINI TAWAR PELANCONGAN BERASASKAN PENDIDIKAN

TASIK CHINI TAWAR PELANCONGAN BERASASKAN PENDIDIKAN Pusat Penyelidikan Tasik Chini Facebook-f Twitter Google-plus-g Instagram PEKAN, 23 Jun (Bernama) — Destinasi pelancongan alam semula jadi Tasik Chini di sini yang terjejas suatu ketika dahulu kini sedia menerima lebih ramai pengunjung menerusi penawaran pakej pelancongan berasaskan pendidikan (edu-tourism). Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata beberapa pakej pelancongan ditawarkan menerusi Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang menyasarkan pengunjung terdiri pelajar sekolah dan universiti.  Di samping pelaksanaan pelan pembangunan Tasik Chini yang dijangka siap pada Oktober, beliau berkata promosi pelancongan berasaskan pendidikan ini dilaksanakan bagi mengembalikan kegemilangan Tasik Chini yang pernah popular dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara.  SUMBER Previous PostTASIK CHINI SEDIA TERIMA KUNJUNGAN PELANCONGNext PostTasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan

Read More Β»
Pengurusan Tasik Chini
News
Mohd Radzi

TASIK CHINI SEDIA TERIMA KUNJUNGAN PELANCONG

Tasik Chini sedia terima kunjungan pelancong Pusat Penyelidikan Tasik Chini Facebook-f Twitter Google-plus-g Instagram PEKAN – Tasik Chini bersedia sepenuhnya menerima kehadiran pelancong luar dan dalam negara selepas pelbagai kemudahan disediakan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) termasuk pelancongan berasaskan pendidikan. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, langkah itu dilihat dapat mengembalikan semula kegemilangan pusat pelancongan terbabit. ‘Kita juga menggalakkan pihak universiti, institut pengajian dan sekolah mengadakan rombongan ke Tasik Chini. Pelajar, murid dapat mempelajari khususnya tentang alam sekitar serta keunikan di sini (Tasik Chini). “Jadi, antara aktiviti yang tersedia ialah pengunjung akan didedahkan dengan gaya hidup, budaya orang asal, alam semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan di sekitar pusat pelancongan itu selain pengetahuan mengenai pengurusan serta keselamatan dalam air,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutupan program sesi libat urus penyediaan pelan pembangunan pengurusan Tasik Chini Rizab Biosfera di Pusat Penyelidikan Tasik Chini di sini pada Ahad. Mengulas penyediaan pembangunan pelan terbabit, Yu Man berkata, tindakan termasuk jangka masa pendek dan panjang perlu dilaksanakan segera bagi menghidupkan semula Tasik Chini. Tambahnya, sebanyak 18 agensi dan empat wakil dari perkampungan Orang Asli terlibat dalam perbincangan terbabit yang memfokuskan kepada canaran serta isu dihadapi untuk membangunkan semula Tasik Chini. Yu Man memberitahu pelan pembangunan pengurusan ini akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober. “Walaupun pelan ini siap pada bulan Oktober, tetapi masa ini, kita sudah boleh melakukan sesuatu untuk mengembalikan imej atau persepsi (Tasik Chini), tapi ia memerlukan masa lama membetulkan persepsi tasik ini. “Jadi, kita mengharapkan rakan media dapat membantu dari segi ini sama ada melalui siaran akhbar atau media sosial termasuk travel pelancong dalam aspek promosi,” ujarnya. Selain itu, Yu Man turut meminta pihak Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) memainkan peranan selain mengharapkan kerjasama komuniti setempat untuk mempromosikan Tasik Chini. SUMBER Next PostTasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan

Read More Β»

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β 

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM