Lawatan Penilaian Akreditasi Program Sarjana Pendidikan Perubatan

erpustakaan Praklinikal, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan panel penilai sempena Lawatan Penilaian Akreditasi Program Sarjana Kesihatan Awam pada 07 Jan 2026.

Lawatan yang berlangsung pada jam 3.00 petang ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian akreditasi program yang melibatkan semakan terhadap kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang menyokong pelaksanaan program akademik di Fakulti Perubatan UKM.

Sepanjang sesi lawatan, panel penilai telah diberi penerangan mengenai kemudahan, koleksi serta perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Praklinikal dalam menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan warga fakulti.

Perpustakaan Praklinikal komited untuk terus menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti bagi menyokong kecemerlangan akademik dan memenuhi keperluan akreditasi program pengajian di Fakulti Perubatan UKM.

Siaran Serupa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *