Lawatan Tapak oleh Pejabat Dekan
Pada 17 Disember 2025, satu lawatan tapak bagi cadangan penubuhan HiTSACTIVUKM telah berlangsung di Ruang Perpustakaan Aras 4, Blok Praklinikal. Lawatan ini diketuai oleh Profesor Datin Dr. Marina Mat Baki, Dekan Fakulti Perubatan UKM, bersama wakil-wakil yang terlibat.
Lawatan ini bertujuan menilai kesesuaian ruang bagi cadangan penubuhan HiTSACTIVUKM serta membincangkan perancangan awal pelaksanaannya. Inisiatif ini diharapkan dapat menyokong pembangunan fasiliti yang kondusif dan memperkukuh ekosistem pembelajaran serta penyelidikan di Fakulti Perubatan.