EBSCO Complimentary On-site Training

22 April 2026 – Perpustakaan Praklinikal telah menganjurkan EBSCO Complimentary On-site Training yang dikendalikan oleh wakil EBSCO. Sesi latihan yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah diadakan di Makmal Komputer, Aras 4, Perpustakaan Praklinikal.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan platform EBSCOhost secara lebih efektif, merangkumi teknik pencarian maklumat, penggunaan fungsi carian lanjutan serta kaedah mengakses sumber rujukan akademik yang berkualiti. Melalui latihan ini, peserta turut didedahkan kepada pelbagai ciri dan fungsi EBSCOhost bagi menyokong aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Perpustakaan Praklinikal merakamkan penghargaan kepada pihak EBSCO atas penganjuran EBSCO Complimentary On-site Training ini dan berharap kerjasama serta penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkasa literasi maklumat dalam kalangan warga universiti.

Siaran Serupa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *