BENGKEL LATIHAN PENGGUNA REPOSITORI DIGITAL BERASASKAN DSPACE BERSAMA MIGHT

Perpustakaan UKM telah mengadakan Bengkel Latihan Pengguna Repositori Digital Berasaskan DSpace bersama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) pada 29 Oktober 2026 (Khamis).

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan dan latihan praktikal kepada pegawai penyelidik, pemilik kandungan serta pegawai yang bertanggungjawab mengurus dokumen dan penerbitan organisasi dalam mengendalikan Repositori Digital MIGHT.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan kompetensi peserta dalam mengurus dan memanfaatkan repositori digital secara sistematik, cekap dan berkesan, sekali gus menyokong pemeliharaan serta perkongsian ilmu dan pengetahuan organisasi.

Siaran Serupa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *