| |

Menyemarakkan Budaya Ilmu: Sorotan Wacana Intelek Telaah @UKM 2025

Telaah UKM Siri 2: “Tentang Remaja” (22 Oktober 2025) – Turut memfokuskan golongan muda, perbincangan ini diadakan pada hari yang sama di Pusanika UKM, menyediakan ruang wacana mengenai cabaran usia remaja
Telaah UKM Siri 3: “Pentadbiran Kewangan Kolonial di Johor” (2 November 2025) – Mengangkat tema pensejarahan dan kenegaraan, siri ini telah dijayakan di Dewan Perdana Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Sebagai kemuncak wacana ini, siri ini melangkah keluar dari batas kampus dengan penglibatan dalam Program Festival Idea (FOI) Putrajaya pada 7 November 2025 di Dewan 10, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Menampilkan penulis tersohor Dr. Mohd Faizal Musa (Faisal Tehrani) Felo Penyelidik, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk buku yang ditelaah ialah 1515.

Keseluruhannya, program pendedahan ilmu seperti Telaah @UKM ini adalah satu langkah yang amat proaktif. Kami di pihak perpustakaan sentiasa mengalu-alukan penganjuran seumpama ini dan berharap warga universiti akan terus memupuk minat ‘menelaah’ demi melahirkan komuniti UKM yang berbudaya ilmu dan ke hadapan. Terus jadikan perpustakaan sebagai rujukan utama dalam pengembaraan intelek anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *