Biasiswa Mybrainsc KPT Tahun 2022

Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

 

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/. Syarat dan kategori permohonan boleh didapati di laman sesawang tersebut. Tempoh permohonan adalah dari 15 Mac 2022 jam 5 petang sehingga 14 April 2022 jam 11.59 malam.