Permohonan untuk SDG Professional Course dari Nagaoka University of Technology, Jepun

 

Nagaoka University of Technology, Jepun yang ingin memperkenalkan “Kursus Profesional SDG”, yang ditawarkan untuk program pendidikan kejuruteraan bagi pembangunan lestari berdasarkan perjanjian dengan UNESCO.

Kursus peringkat siswazah yang dibina berdasarkan asas Sustainable Development Goals (SDG) ini telah dipilih oleh Kerajaan Jepun (Monbukagakusho) sebagai program khas. Calon yang berjaya dan memenuhi syarat kelayakan Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho) akan dicalonkan bagi biasiswa tersebut.

Semua program kursus ini dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

Maklumat lanjut berkenaan prosedur permohonan adalah seperti pautan di bawah:

https://www.nagaokaut.ac.jp/e/nyuushi/examination/sdgp_course.html

Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 September 2021.

Sebarang maklum balas dan pertanyaan lanjut, boleh diajukan kepada pihak penganjur melalui:

Division of International Affairs,
Nagaoka University of Technology,
1603-1, Kamitomioka, Nagaoka, Niigata, 940-2188
JAPAN
Phone: +81-258-47-9238
Fax: +81-258-47-9283
Email: koryu@jcom.nagaokaut.ac.jp