Dana Penyelenggaraan Peralatan Penyelidikan Gunasama (PPG)
Pihak Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) akan membuka permohonan dana di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2025 bagi Dana Penyelenggaraan Peralatan Penyelidikan Gunasama UKM (Dana PPG UKM).
Permohonan ini akan dibuka mulai 01 Oktober 2025 sehingga 04 November 2025. Garis Panduan Permohonan, Borang Permohonan dan Borang Kaji Selidik Peralatan Penyelidikan Gunasama (KPPG) boleh dicapai melalui laman web ALAF-UKM https://www.ukm.my/alafukm/
Sehubungan dengan itu, sekiranya YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berminat untuk memohon, 1 salinan softcopy borang permohonan KPPG beserta dokumen sokongan pembuktian hendaklah dihantar kepada Pn Nurazilah Mohamed Sallehulldin, nurazilah@ukm.edu.my selewat-lewatnya pada 22 Oktober 2025 untuk tujuan penilaian di peringkat fakulti. Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti tidak akan dimajukan ke pihak ALAF-UKM.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi ChM. Dahliya Abdul Kadir (03-8911 8502/ dahliya@ukm.edu.my).