logo-naratif-baharu-text-black-h60

SECRETARIAT RESEARCH AND INNOVATION

FACULTY OF MEDICINE

Bantuan Bayaran Balik Yuran Penerbitan Fakulti Perubatan

Garis Panduan Borang Permohonan Bantuan Bayaran Balik Yuran Penerbitan Fakulti Perubatan

  1. Pemohonan terbuka kepada kakitangan akademik Fakulti Perubatan sahaja.

  2. Permohonan terhad kepada penerbitan pada tahun terkini sahaja sehingga peruntukan disediakan oleh Fakulti habis digunakan.

  3. Bagi penerbitan pada bulan November dan Disember bagi tahun sebelumnya, pemohon boleh membuat permohonan dalam tempoh 2 bulan selepas artikel diterbitkan.

  4. Permohonan adalah berdasarkan tuntutan (claim basis), iaitu pemohon perlu membayar yuran terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan.

  5. Artikel perlu diterbitkan di jurnal berindeks ISI sahaja.

  6. Pembayaran yang telah dibuat menggunakan geran atau mana-mana sumber bantuan lain tidak akan dilayan.

  7. Permohonan hendaklah dibuat oleh first author atau corresponding author.

  8. Setiap artikel layak diberi bantuan yuran penerbitan sekali sahaja.

  9. Affilasi pengarang mesti menggunakan salah satu alamat berikut:

Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Universiti Kebangsaan Malaysia 
or
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

     10. Kadar maksimum bantuan penerbitan adalah mengikut kategori kuartil jurnal seperti berikut:

Jenis Kadar Maksimum
Jurnal Terindeks Q1/Q2RM 10,000.00
Jurnal Terindeks Q3/Q4RM 5,000.00

    11. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut:

    12. Sila kemukakan permohonan kepada :

Sekretariat Penyelidikan & Inovasi
Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan UKM

Tingkat 2, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur


Sebarang pertanyaan sila hubungi
En. Muhamad Firdaus Rosli di talian 03-9145 9480 / 9481 atau emel to firdausrosli@ppukm.ukm.edu.my.