Tatacara Pengambilan Pelajar
Program Doktor Falsafah
Melalui Saluran Laluan Pantas (Fast Track)
Fakulti Perubatan
Pra-Syarat Penyeliaan
Penyelia utama telah mengenali calon secara fizikal/maya dalam masa 1 - 3 bulan dan berpuas hati dengan prestasi calon.
*Sila lampirkan surat penilaian daripada penyelia utama.
Keahlian Panel / JK Penilaian
- • Dekan / Pengarah atau wakilnya sebagai pengerusi
- • Ketua Jabatan / Pengerusi Pusat Pengajian atau wakilnya
- • Tiga (3) orang staf akademik Universiti dalam bidang berkaitan yang terdiri daripada Profesor atau Profesor Madya
- • Penyelia Utama / Pengerusi JK Penyeliaan
- • Ketua Program Doktor Falsafah (Wakil Tetap)
- • Pegawai Tadbir Sekretariat Pengajian Siswazah
01
Tindakan SPS FPER
Terima Permohonan Calon
Menerima permohonan daripada calon melalui Sistem Join UKM berserta lampiran berikut:
- Cadangan penyelidikan
- Surat sokongan daripada bakal Penyelia Utama
02
Tindakan SPS FPER
Hantar Permohonan
Hantar permohonan calon kepada Jabatan yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
03
Ketua Jabatan / Penyelaras Program
Saringan Kelayakan
Saring kelayakan calon mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh universiti.
04
Ketua Jabatan / Penyelaras Program
Notifikasi Pembentangan
Mengeluarkan notifikasi kepada calon bagi sesi pembentangan di peringkat Jabatan.
05
Ketua Jabatan / Penyelaras Program
Pembentangan & Penilaian
- Pemilihan panel penilai.
- Pembentangan calon di peringkat Jabatan.
- Penilaian Jawatankuasa Pengambilan Calon.
- Jika lulus: Hantar permohonan lengkap beserta keputusan penilaian peringkat fakulti.
- Jika gagal: Pemakluman rasmi dikeluarkan kepada calon.
06
Tindakan SPS
Kelulusan & Pengemaskinian Status
- Penilaian dan kelulusan dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian di peringkat Fakulti.
- Jika lulus: Bawa permohonan lengkap beserta keputusan penilaian peringkat fakulti ke Mesyuarat Pengajian Siswazah (MPS).
- Bawa permohonan lengkap beserta keputusan ke Mesyuarat Fakulti Perubatan (MFP) untuk pemakluman.
- Kemaskini status permohonan di dalam Sistem Join UKM untuk tujuan pemakluman kepada calon dan cetakan surat tawaran.
Disediakan oleh: Sekretariat Pengajian Siswazah