Program Pendidikan Mod Cuti Sekolah

Diploma Pascasiswazah Pendidikan

Pengenalan

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP), dahulunya dikenali sebagai Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia direka bagi menyediakan graduan bukan pendidikan dengan ilmu, kemahiran dan nilai profesional keguruan. 

Melalui gabungan kursus teori dan latihan mengajar di sekolah, program ini melahirkan guru yang bersedia menyumbang kepada sistem pendidikan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Penyampaian program turut dirangka secara sistematik bagi memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan berkualiti agar seiring dengan permintaan pasaran.

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM Mod Cuti Sekolah adalah program Fakulti Pendidikan UKM yang ditawarkan melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Mulakan langkah anda bersama kami sekarang.

Pengenalan Program

Pengambilan

Mac & September

Tempoh

3 Semester

Kampus

UKM Bangi

Yuran

RM10,200

Objektif Program
Kelebihan Program
Syarat Kemasukan
Dokumen yang Diperlukan untuk Permohonan

Berikut adalah contoh jadual yang menyenaraikan dokumen yang mungkin diperlukan untuk permohonan DPP UKM. Sila rujuk laman web rasmi UKM untuk senarai yang tepat dan terkini.

1.

Salinan Ijazah Sarjana Muda

Salinan yang disahkan benar

2.

Transkrip Akademik

Salinan yang disahkan benar

3.

Kad Pengenalan

Salinan yang jelas dan mudah dibaca

4.

Gambar Berukuran Passport

Gambar terkini berlatar belakang putih

5.

Dokumen Sokongan Lain (Jika Ada)

Contohnya: Sijil penyertaan aktiviti kokurikulum atau surat pengesahan pengalaman

Proses Permohonan
Struktur Pengajian

Semester 1

Kategori KursusKursus
Asas PendidikanGGGA5032 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia
GGGB5222 Psikologi Pendidikan
GGGB5613 Kurikulum dan Inovasi dalam Pendidikan
GGGA5022 Pentaksiran Pembelajaran
GGGD5022 Sekolah dan Masyarakat
Persediaan ProfessionalGGGE5014 Kaedah Mengajar * Fokus kepada kaedah Pengajaran & Perancangan PdP

Semester 2

Kategori KursusKursus
Asas PendidikanGGGB5023 Kajian Tindakan dalam Pendidikan
Persediaan ProfessionalGGGE5082 Pengajaran Mikro dan Makro
Elektif (Wajib) 2 dari 3 kursusGGGB5433 Kemahiran Interpersonal dan Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan
GGGB5683 Asas Kaunseling dan Pengurusan Bakat
GGGS5133 Pemikiran Keusahawanan dalam Pendidikan

Semester 3

Kategori KursusKursus
Latihan MengajarGGGE5016 Praktikum *Latihan mengajar boleh dijalankan di sekolah masing-masing/sekolah pilihan sendiri
Kategori Kursus Kursus
Latihan Mengajar
GGGE5016 Praktikum *Latihan mengajar boleh dijalankan di sekolah masing-masing/sekolah pilihan sendiri
Kalendar Akademik
Tempoh Pengajian
KELAS DILAKSANAKAN PADA CUTI PERSEKOLAHAN (TERTAKLUK TAKWIM KPM)
SEMESTER 1
PERTEMUAN 1 DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
PERTEMUAN 2 DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
SEMESTER 2
PERTEMUAN 1 BERSEMUKA / DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
PERTEMUAN 2 DALAM TALIAN
(CUTI SEKOLAH)
SEMESTER 3
PRAKTIKUM 12 MINGGU
Daftar Kelayakan MQA
Soalan Lazim (FAQ)
Hubungi

Sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKMShape boleh dibuat melalui saluran berikut, mengikut kategori pertanyaan atau situasi yang dihadapi.

Pemohon dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu maklumat program di laman web berikut sebelum mengemukakan pertanyaan lanjut: https://www.ukm.my/studyukm/pendidikan/

 

1. Pertanyaan Umum dan Promosi Program  DPP UKMShape

Bagi pertanyaan umum berkaitan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP), maklumat promosi, atau panduan awal sebelum membuat permohonan, sila hubungi:

2. Permohonan Dalam Talian dan Sistem Join UKM

Bagi urusan berkaitan permohonan kemasukan melalui Sistem Join UKM, pendaftaran dalam talian, muat naik dokumen, atau masalah teknikal berkaitan permohonan, sila hubungi:

Nota: Permohonan kemasukan ke UKMShape hendaklah dibuat melalui Portal Join UKM. Bayaran pemprosesan permohonan adalah tidak boleh dikembalikan, iaitu sebanyak RM50 bagi pemohon tempatan dan RM100 bagi pemohon antarabangsa.

3. Pelaksanaan Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Bagi urusan rasmi berkaitan pelaksanaan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKMShape, sila hubungi:

Nota: Sekiranya anda telah mendaftar sebagai pelajar Sarjana Pendidikan, sebarang pertanyaan berkaitan program akademik boleh diajukan kepada sekretariat ini. Ini termasuk urusan kalendar akademik, jadual dan lokasi kelas, pencapaian gred atau pointer pelajar, penangguhan pengajian, tenaga pengajar, cop pengesahan dokumen pelajar, praktikum, serta urusan surat-menyurat berkaitan program.

4. Pembayaran Yuran Pembelajaran Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKMShape

Bagi urusan berkaitan semakan yuran, kaedah pembayaran yuran pembelajaran, atau perkara berkaitan kewangan pelajar, sila hubungi:

Nota: Sekiranya pelajar ingin membuat pembayaran yuran pengajian menggunakan KWSP, pelajar perlu memastikan bayaran pendaftaran Semester 1 telah diselesaikan terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan pembiayaan yuran pengajian melalui KWSP, sila rujuk Portal Rasmi KWSP.

5. Kad Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKMShape

Bagi urusan berkaitan Kad Pelajar UKM, yang juga dikenali sebagai Kad MySiswa atau Kad Prihatin Siswa, pelajar UKMShape / ODL boleh menghubungi:

Nota: Urusan ini termasuk pertanyaan berkaitan penghantaran melalui pos atau pengambilan kad secara fizikal.

6. Penginapan di UKM

Bagi urusan berkaitan penginapan pelajar di dalam kampus UKM, sila hubungi:

7. Konvokesyen, Skrol Ijazah dan Transkrip Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKMShape

Bagi urusan berkaitan konvokesyen, skrol ijazah dan transkrip Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKMShape, sila hubungi:

Contact Us

Centre for Shaping Advanced & Professional Education (UKMSHAPE)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor

Contact us

Office Operation Hour

Monday – Thursday
8.00 am – 1.00 pm
2.00 pm – 5.00 pm

Friday
8.00 am – 12.15 pm
2.45 pm – 5.00 pm

Counter Operation Hour

Monday – Thursday
8.15 am – 12.45 pm
2.15 pm – 4.45 pm

Friday
8.15 am -12.00 pm
3.00 pm -4.45 pm

Saturday & Sunday
Closed

UKMShape Maps

Copyright © 2025 Universiti Kebangsaan Malaysia