
- Info
- Permohonan
- Pelajar Semasa
- Perkhidmatan
- Muat Turun
- Galeri
- FAQ
Agensi kutipan hutang yang berdaftar di bawah UKMShape [Selanjutnya]
Pelajar/Pelanggan yang dihargai,
Dukacitanya kami memaklumkan bahawa terdapat masalah teknikal yang menjejaskan sistem pembayaran kad debit/kredit di kaunter kami dan isu ini telah kami laporkan ke pihak teknikal dan masih dalam proses baik pulih. Untuk pembayaran kami mengesyorkan pembayaran tunai atau bayaran secara atas talian, dan untuk makluman untuk pembayaran tunai adalah sebaiknya dilakukan sebelum jam 12 tengah hari. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan dan kami juga amat menghargai kerjasama dan kesabaran dari pihak tuan/puan.
Sekian, Terima Kasih.
Surat Makluman Pengurangan Yuran Pengajian 5% bagi Semester 1 Sesi 2021/2022 Akibat Wabak Covid-19 [Selanjutnya]
Pemakluman berkenaan pengurangan yuran bagi pelajar Universiti Awam semester 1 sesi 2021/2022 oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi adalah dirujuk.
Untuk makluman para pelajar, pihak Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan Dan Profesional (UKMShape) masih belum menerima sebarang pekeliling/makluman berkenaan pengurangan yuran daripada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebarang pemakluman mengenai pengurangan yuran berkenaan akan dimaklumkan kepada pelajar dari semasa ke semasa (sekiranya berkenaan).
Sekian, harap maklum
Harap maklum bahawa sistem terminal kad debit dan kad kredit di kaunter kewangan UKMShape mengalami kerosakan sehingga pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Terima Kasih.
Kepada: Semua Pelajar Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan Dan Profesional, UKM (UKMShape)
Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah menerima aduan terdapat individu (scammer) yang telah menggunakan nama “Aimi Halina” (aimihalinaukm@gmail.com) yang memohon kata laluan pelajar bagi mengemaskini data pelajar di SMPE melalui emel.
Pihak Universiti menegaskan bahawa penama tersebut bukan kakitangan Universiti dan merupakan individu yang tidak dikenali.
Oleh itu, jika terdapat mana-mana individu yang memohon kata laluan bagi tujuan di atas, kami memohon agar tidak mendedahkan sebarang butiran peribadi. Sekiranya pelajar telah mendedahkan kata laluan, mohon untuk menukar kata laluan tersebut dengan segera.
Bagi mendapat kepastian, pelajar boleh berhubung dengan Bahagian Kewangan atau Pegawai Program yang berkenaan.
Sekian, Harap Maklum
Pengurusan Pusat Kembangan Pendidikan UKM
1.0 YURAN PENGAJIAN
1.1 Yuran yang dikenakan ke atas pelajar bagi tujuan pembiayaan sepanjang tempoh pengajian yang telah ditetapkan secara pakej yang merangkumi perkara berikut:
1.2 Jumlah yuran yang dikenakan ke atas setiap pelajar adalah berbeza mengikut fakulti dan tahap pengajian yang ditawarkan. Setiap pelajar perlu merujuk kepada jadual yuran yang dikepilkan bersama dengan surat tawaran pengajian. Maklumat berkaitan yuran pengajian yang dikenakan ke atas pelajar juga boleh diakses melalui laman web rasmi UKMShape www.ukm.my/ukmshape. UKMShape berhak meminda kadar yuran pada bila-bila masa tanpa notis awal kepada pelajar |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2.0 PILIHAN PEMBAYARAN
2.1 Yuran keseluruhan pengajian dipecahkan pembayarannya mengikut semester pengajian. 2.2 UKMShape menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk memilih kaedah pembayaran mengikut kesesuaian bagi menampung pengajian seperti digariskan dalam Jadual 1. Pilihan pembayaran yang ditawarkan ini terpakai sepanjang tempoh pelajar menjalani pengajian di UKM. Pelajar boleh berhubung dengan Bahagian Kewangan UKMShape bagi mendapat khidmat nasihat berkaitan setiap pilihan pembayaran yang ditawarkan. PILIHAN 1 Pembayaran yuran pengajian diselesaikan sepenuhnya sebelum mendaftar masuk sebagai pelajar UKMShape pada setiap semester. PILIHAN 2 Pembayaran yuran pengajian dilunaskan mengikut pecahan berikut:
2.3 Pelajar yang memilih PILIHAN 2 adalah tertakluk kepada syarat berikut:
-TIDAK dibenarkan mendaftar kursus semester berkenaan; -TIDAK diberikan bahan bacaan/modul sesi pengajian; dan -TIDAK dibenarkan menyemak atau mendapat keputusan peperiksaan akhir semester. 2.4 Yuran yang dikenakan ke atas semua pelajar adalah termasuk Yuran Komitmen berjumlah RM2,000. Yuran ini tidak akan dipulangkan sekiranya pelajar menarik diri daripada pengajian ditawarkan. Jadual 1: Pilihan kaedah pembayaran yuran pengajian mengikut semester pengajian
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3.0 DENDA DAN PENALTI
3.1 UKMShape berhak menahan yuran pengajian yang telah dibayar sekiranya pelajar menarik diri atau menangguh / digantung sebelum tamat tempoh pengajian. 3.2 Bayaran balik yuran adalah tertakluk kepada tunggakkan baki yang belum dijelaskan oleh pelajar dengan pengiraan semula serta disahkan oleh Bahagian Kewangan UKMShape. 3.3 Bayaran balik yuran pengajian bagi kes pelajar menarik diri dan kes pelajar menangguh atau digantung sebelum tamat tempoh pengajian adalah tertakluk kepada kadar yang ditentukan oleh UKMShape seperti di Jadual 2: Jadual 2: Bayaran balik yuran pengajian bagi kes pelajar menangguh atau digantung sebelum tamat tempoh pengajian
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4.0 BAHAN BACAAN SERTA MODUL SESI PENGAJIAN
4.1 Bahan – bahan bacaan termasuk modul semasa sesi pengajian pelajar akan dibekalkan di Kaunter Buku UKMShape sebaik sahaja bermula sesi pengajian bagi setiap semester. 4.2 Bahan – bahan bacaan termasuk modul semasa sesi pengajian adalah tertakluk kepada stok semasa. Stok setiap bahan bacaan termasuk modul pengajian ini akan disimpan sepanjang sesi semester yang berkaitan sahaja. UKMShape berhak menggunakan stok sedia ada untuk menggantikan bahan bacaan termasuk modul sesi pengajian yang dibekalkan kepada pelajar. 4.3 Pelajar hanya dibenarkan untuk menuntut bahan bacaan termasuk modul sesi pengajian dalam tempoh satu semester sahaja. Pelajar tidak dibenarkan untuk membuat tuntutan bahan bacaan serta modul sesi pengajian sekiranya gagal menjelaskan yuran pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan seperti pada perenggan 2.2(ii). 4.4 Bahan bacaan termasuk modul sesi pengajian yang dibekalkan oleh UKMShape adalah bagi semua program KECUALI yang dinyatakan sebaliknya. (Tiada modul dibekalkan bagi pelajar pascasiswazah dan prasiswazah, Fakulti FSSK & FTSM). |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5.0 PELBAGAI BAYARAN DAN KENAAN CAJ
5.1 Pelajar adalah tertakluk kepada pelbagai bayaran dan kenaan caj yang ditetapkan oleh UKMShape sepanjang tempoh pengajian seperti di Jadual 4. 5.2 Pelbagai bayaran dan kenaan caj yang ditetapkan oleh UKMShape dibahagikan berdasarkan keperluan semasa pelajar seperti berikut:
Jadual 4: Penyenaraian pelbagai bayaran dan kenaan caj sepanjang tempoh pengajian
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6.0 KAEDAH PEMBAYARAN YURAN
6.1 Bagi pelajar yang membiayai yuran pengajian secara persendirian
6.2 Pelajar yang membiayai yuran pengajian secara tajaan dan pinjaman pelajaran.
6.3 Pelajar yang membiayai yuran pengajian melalui KWSP
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7.0 SEMAKAN AKAUN PELAJAR DAN URUSAN SURAT MENYURAT
7.1 UKMShape bertanggungjawab mengeluarkan resit rasmi kepada pelajar bagi setiap kali pembayaran dibuat oleh pelajar. Pelajar dikehendaki menyimpan resit asal yuran pengajian bagi tujuan rekod dan rujukan. 7.2 Pelajar dikehendaki membuat semakan status bayaran yuran atau pelbagai bayaran yang telah dibuat melalui portal rasmi e-kewangan UKM di alamat https://ekewangan.ukm.my 7.3 Sebarang urusan surat menyurat dan pertanyaan dari pelajar boleh dikemukakan kepada:
|
Alamat UKMShape
Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMSHAPE)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
03 8921 5331
03 8925 1391
Waktu Operasi Kaunter
Isnin – Khamis
8.15 pagi – 12.45 tengahari
2.15 petang – 4.45 petang
Jumaat
8.15 pagi -12.00 tengahari
3.00 petang -4.45 petang
Sabtu & Ahad
Tutup
Borang Perhubungan UKMSHAPE
Peta UKMSHAPE