Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM)

Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

1. Apakah ISMS

Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat adalah berasaskan kepada standard IS0/IEC 27001:2013 Information Technology – Security Techniques – Information Security System Management (ISMS). Pematuhan kepada Standard ISO/IEC 27001:2013 adalah jaminan kepada Pihak Berkepentingan dan Pelanggan bahawa maklumat yang berkaitan adalah dilindungi dan selamat daripada kerosakan, hilang atau disalahguna. ISMS telah dilaksanakan di UKM pada Mei 2014. UKM telah menaik taraf kepada standard ISO/IEC 27001:2022 dan telah digunapakai bermula Januari 2024.

2. Skop Pelaksanaan ISMS

Pengurusan Kawalan Keselamatan Maklumat yang meliputi:

a. Pengurusan Aplikasi dan Pusat Data (Pusat Teknologi Maklumat)
b. Pengurusan Maklumat Pelantikan Kakitangan Bukan Akademik (Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar)
c. Pembayaran Gaji Kakitangan (Unit Gaji, Jabatan Bendahari)
d. Pengurusan Pendaftaran Kursus Prasiswazah (Unit Pendaftaran Kursus Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik)
e. Pengurusan Permohonan Dana Universiti Penyelidikan (Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi)