Objektif Penubuhan
Untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti UKM lebih terancang dan berkesan dalam mewujudkan proses kualiti yang lebih telus dan berintegriti di semua peringkat.
Objektif Strategik
Menjelang 2025, Kualiti-UKM bertekad untuk mencapai objektif strategik berikut:
- Menyelaras pelaksanaan Kitaran Kualiti UKM dan penambahbaikan berterusan menyeluruh untuk memupuk budaya kualiti di kalangan warga UKM;
- Memastikan kualiti dan pengiktirafan program pengajian melalui audit dan penandaarasan;
- Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dihayati oleh warga UKM;
- Meningkatkan kualiti proses teras dan penyampaian perkhidmatan melalui pembangunan standard dalaman, sistem maklum balas pelanggan dan pihak berkepentingan.