Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan UKM

Di UKM, pengurusan sistem penyampaian perkhidmatan dikawal selia oleh suatu sistem pengurusan kualiti (SPK) berasaskan piawai MS ISO 9001:2008. Pada masa ini, setiap pusat tanggungjawab (PTJ) mengendalikan sistem pengurusan kualiti masing-masing secara berasingan dan terdapat 9 pusat perkhidmatan yang telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2008. Pada 1 Julai 2010, YBhg. Tan Sri Naib Canselor  di dalam mesyuarat Majlis Inovasi Universiti Bil. 1/2010  telah bersetuju supaya SPK  PTJ Perkhidmatan digabungkan di bawah satu pensijilan. Penggabungan ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan kos dan masa tanpa mengurangkan tahap kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.

Sistem yang tergabung dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan UKM atau nama singkatannya SPKP UKM. Ia merupakan penggabungan SPK daripada PTJ sama ada telah memperolehi Pensijilan ISO9001:2008 atau yang baru hendak memulakan proses tersebut. PTJ terlibat adalah seperti berikut:.

 

PTJ  (ISO9001:2008) Tahun Badan Pensijilan
Jabatan Pendaftar 2002 SIRIM
Jabatan Bendahari 2004 SIRIM
Perpustakaan 2004 SIRIM
Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan 2006 Lloyds
Pusat Teknologi Maklumat 2010 SIRIM
Jabatan Perkhidmatan Pelajar 2010 SIRIM

 

PTJ (belum memperolehi Pensijilan)
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi
Penerbit
Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Pusat Komunikasi Korporat
Pusat Sukan
Unit Audit Dalam

Untuk merealisasikan hasrat ini YBhg. Tan Sri Naib Canselor telah melantik Encik Ab. Aziz Othman Pendaftar UKM sebagai Wakil Pengurusan dan Encik Abu Bakar Maidin Ketua Pustakawan UKM sebagai Timbalan Wakil Pengurusan. Jawatankuasa SPKP UKM telah menetapkan Skop Pensijilan SPKP UKM seperti berikut:

  • Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Am
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Perpustakaan
  • Pengurusan Perkhidmatan Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Perkhidmatan dan Pembangunan Sahsiah Pelajar
  • Pengurusan Bangunan & Prasarana
  • Pengurusan Penyelidikan
  • Pengurusan Penerbitan
  • Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Pengurusan Komunikasi Korporat
  • Pengurusan Perkhidmatan Sukan
  • Pengurusan Pengauditan

Pusat Jaminan Kualiti yang ditubuhkan pada 10 Februari 2011 pula bertanggungjawab di dalam pemantauan pelaksanaan SPKP UKM secara keseluruhan dan memberikan pandangan dan  nasihat di samping  menilai kecekapan, keberkesanan dan prestasi keseluruhan SPKP UKM  dengan  bebas dan adil.