Sistem Daftar Kelayakan Program Pengajian UKM (UKM-QR)

ukmqr1

Susulan daripada laporan Audit Institusi MQA yang telah diadakan pada 22 – 26 Mac 2010, beberapa saranan dan cadangan telah diberikan untuk memantapkan kualiti pengurusan program pengajian bagi tujuan penambahbaikan. Salah satu saranan tersebut ialah untuk mewujudkan satu sistem pangkalan data yang menyelaras semua maklumat program akademik yang boleh diselaraskan kandungannya supaya selari dengan Daftar Kelayakan Malaysia (MQR).

Objektif pembangunan sistem ini adalah:

  1. Menyediakan maklumat tentang program yang diakreditasi dan kelayakan;
  2. Membolehkan pihak berkepentingan mengetahui, memahami dan membuat perbandingan tentang ciri-ciri kelayakan dan hubungan dengan kelayakan yang lain;
  3. Mewujudkan sistem pengurusan daftar maklumat program yang sistematik;
  4. Membolehkan perkongsian maklumat yang cepat, telus dan efisien.

 

Sehingga kini, PJK telah memasukkan data program prasiswazah yang telah menjalani audit dan penilaian sahaja. PJK sedang mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada pihak Fakulti/Institut. Sistem ini dijangka akan dapat digunakan sepenuhnya pada Jun 2012.

 

Sistem Daftar Kelayakan Program Pengajian UKM (UKM-QR) boleh dicapai di www.ukm.my/ukmqr