Ceramah Kesihatan Mental di Tempat Kerja
Oleh: ChM. Nur Nadia Razali
17 April 2025- Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP UMBI telah menganjurkan Seminar Kesihatan Mental bertempat di Auditorium UMBI. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Puan Hanieza Fadzlina Yahya, Pegawai Psikologi S10 dari Jabatan Psikiatri, HCTM. Objektif seminar adalah memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai keperluan mengenai kesihatan mental di tempat kerja dan cara menangani jika mengalaminya. Peserta yang hadir adalah 96 mereka terdiri daripada 66 staf dan 30 pelajar termasuk pelajar yang menjalani latihan industri di UMBI. Penganjuran sesi latihan ini dilihat dapat menerapkan kepentingan kesihatan mental tempat kerja selamat kepada semua warga UMBI.

