Latihan Alat Pemadam Api UMBI 2025

10 April 2025 – Latihan Alat Pemadam Api telah berjaya dilaksanakan di Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta kesedaran keselamatan kebakaran dalam kalangan warga UMBI. Latihan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) UMBI.

Latihan melibatkan sesi penerangan teori serta demonstrasi praktikal penggunaan alat pemadam api dengan kaedah yang betul. Para peserta turut diberi peluang untuk mencuba sendiri teknik pemadaman api terkawal menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering (ABC).

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga UMBI mengenai tindakan awal yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran kecil, sekaligus memastikan mereka bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.

“Latihan seperti ini sangat penting bagi memastikan setiap individu mengetahui peranan mereka semasa kecemasan,” ujar Tuan Mohamad Suffize bin Majid, fasilitator latihan daripada Bahagian Keselamatan, Kampus Kuala Lumpur.

Pihak pengurusan tertinggi UMBI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak fasilitator yang terlibat dan berharap latihan seumpama ini dapat diteruskan secara berkala sebagai salah satu inisiatif memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam organisasi.