Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMBI 2025/1446H

Seluruh Warga UMBI telah meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMBI 2025/1446H pada 30 April 2025 yang membawakan tema “Syawal Moden Minimalis”. Majlis dimulakan di Auditorium UMBI dengan ucapan aluan daripada Timbalan Pengarah UMBI Profesor Madya Ts. Dr. Chin Siok Fong mewakili Pengarah UMBI dan disusuli dengan ucapan daripada Felo Penyelidik Utama UMBI, Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal. Antara tentatif di dalam auditorium adalah meraikan warga UMBI yang menyambut hari lahir pada bulan Januari – April dan juga montaj tayangan multimedia ucapan Hari Raya daripada seluruh warga UMBI.

Majlis sambutan diteruskan di ruang lobi UMBI untuk sesi menjamu juadah raya dan pelbagai aktiviti serta pertandingan yang telah diatur oleh jawatankuasa sambutan ini. Penyertaan dan sambutan daripada semua amtlah menggalakkan sekaligus menunjukkan semangat muhibbah di kalangan warganya. Majlis berakhir dalam suasana yang ceria dan penuh kenangan, seiring dengan semangat Syawal yang menekankan kesederhanaan dan keharmonian.

Pautan Galeri.

SDG  3 | SDG 8

Keywords: Wellbeing, Culture, Quality of life, Productivity