Seminar Ergonomik Pintar: Cegah Sakit Leher & Tulang Belakang Anda

Oleh: ChM. Nur Nadia Razali

29 Mei 2025 – JKKP UMBI telah menganjurkan Seminar Ergonomik: Cegah Sakit Leher & Tulang Belakang Anda bertempat di Auditorium UMBI. Seminar ini telah disampaikan oleh Puan Norsuriati Mohd Kaus, Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota) dari Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, HCTM. Objektif seminar adalah memberi pendedahan dan pengetahuan ergonomik di tempat kerja yang memainkan peranan kritikal dalam mencegah sakit leher dan belakang. Peserta yang hadir adalah 71 mereka terdiri daripada 66 staf dan 8 pelajar termasuk pelajar yang menjalani latihan industri di UMBI.  Penganjuran sesi latihan ini dilihat dapat menerapkan kepentingan dalam mengoptimumkan persekitaran kerja agar sesuai dengan keperluan pekerja dan cara melakukan tugas kerja sama ada semasa menjalankan penyelidikan di makmal dan tugasan pejabat di meja kerja masing-masing. Pn. Norsuriati turut menunjukkan demonstrasi postur yang betul dan senaman ringan kepada semua warga UMBI. Secara keseluruhan, para peserta menyatakan penghargaan mereka atas perkongsian ilmu yang interaktif dan bermanfaat.

SDG 3 | SDG 4 | SDG 8

Keywords: Wellbeing | Decent work | Productivity | Quality of life | Safe work | Education