Lawatan AMSEP Malaysia – Jepun ke UMBI

Pada 12 Ogos 2025, sekumpulan pelajar perubatan dari Jepun telah mengadakan lawatan pendidikan ke Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI). Delegasi seramai 18 orang ini merupakan peserta daripada Program Pertukaran Pelajar Perubatan Asia (AMSEP) Malaysia-Jepun di bawah anjuran Persatuan Pelajar Perubatan Asia (AMSA) Malaysia.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkongsian terhadap fasiliti termaju institut penyelidikan perubatan di UKM disamping mengetengahkan tahap perkhidmatan penyelidikan dan diagnostik yang berkualiti tinggi kepada mereka.

Delegasi yang diiringi oleh ahli AMSA ini telah dibawa melawat ke Biobank UMBI yang merupakan biobank terbesar di Asia Tenggara dan Makmal Tisu Kultur. Sebelum itu, delegasi telah diberikan taklimat ringkas berkenaan latar belakang dan operasi UMBI oleh Pengurus Teknikal Makmal UMBI, En. Muhiddin Ishak. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan taklimat akhir. Diharapkan lawatan ini mencapai objektifnya disamping memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada para pelajar yang terlibat, seterusnya dapat membuka peluang kepada lebih banyak kolaborasi di masa hadapan apabila mereka pulang ke negara asal.




Pautan berkaitan di Facebook UMBI:
- Lawatan AMSEP Malaysia-Jepun 2025
- Lawatan AMSEP Malaysia-Taiwan 2024
- Lawatan AMSEP Malaysia-Indonesia 2017
—
SDG 4 | SDG 17
Keywords: Education, Knowledge sharing