Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia UMBI 2025
Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat UMBI telah diadakan pada 11 September 2025 di Auditorium UMBI. Program sambutan yang telah bermula dari Ogos ini dikeuai oleh Pn. Norwahida Mohd Yunus selaku Ketua Program dan dibantu oleh 12 AJK yang sangat memainkan peranan serta tugasan masing-masing. Pada tahun ini, sebanyak tujuh (7) telah dilaksanakan iaitu:
- Dekorasi Merdeka
- Video Dedikasi Ucapan Merdeka
- Pertandingan Pantun Mewarna
- Pertandingan Sukan Rakyat – Dam Haji
- Pertandingan Sukan Rakyat – Batu Seremban
- Pertandingan Sukan Rakyat – Baling Tin
- Pertandingan Nyanyian Patriotik
Semua warga UMBI, Projek The Malaysian Cohort (TMC) serta para pelajar telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program ini berlangsung termasuklah program baharu iaitu Pertandingan Nyanyian Patriotik yang mendapat sambutan dari kakitangan Pentadbiran, Makmal serta TMC.

Pada majlis penutup, ucapan alu-aluan dimulakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Rekreasi dan Pameran (JKRP) UMBI dan ucapan perasmian disempurnakan oleh YBrs. PM Ir. Dr. Chin Siok Fong, Timbalan Pengarah UMBI mewakili Pengarah UMBI. Seterusnya adalah penyampaian hadian kepada para pemenang aktiviti yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah sendiri dan bagi pertandingan nyanyian, penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Felo Utama UMBI.

Sambutan penutup ini juga turut dimeriahkan dengan pengumuman pemenang pertandingan UMBI Biggest Loser Challenge 2025 dan Pertandingan Ping Pong UMBI 2025. Acara kemuncak sambutan penutup adalah nyanyian secara beramai-ramai lagu Tanggal 31 (Sudirman).
Majlis diakhiri dengan jamuan makan bagi sambutan hari lahir kakitangan Mei – Ogos 2025 yang dikelola oleh kakitangan TMC sebagai wakil penganjur.
Pautan Galeri Program Sambutan
—
SDG 3 | SDG 8
Keywords: Wellbeing, Decent work, Quality of life