Berita Audit Dalaman Program Amalan 5S HCTM 2025

Rakaman gambar semasa aktiviti audit oleh Pn. Masilawati.

18 November 2025 – UMBI telah menerima kehadiran daripada Juruaudit dari Program Amalan 5S HCTM bersempena dengan Audit Dalaman 5S HCTM Bil.1/ 2025. Audit 5S ini merupakan salah satu aktiviti berkala yang dijalankan oleh Program Amalan 5S HCTM ke setiap Zon 5S yang didaftarkan. Juruaudit yang hadir untuk audit di UMBI adalah Puan Masilawati Md Asim dari Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan HCTM. Wakil UMBI yang turut mengiring adalah Puan Zuraini Abd Razak (Fasilitator Amalan 5S UMBI), Pn. Zam Zureena Mohd Rani (Ketua Zon Makmal UMBI), Puan Norwahida Mohd Yunus (Ketua Zon Pentadbiran,UMBI), Puan Afifah Awang (Ketua Zon Pentadbiran TMC) serta Penyelaras Aras yang terlibat di dalam audit ini.

Audit yang dilakukan melibatkan kawasan pejabat, makmal serta ruang umum UMBI. Ini melibatkan lokasi Pejabat Pentadbiran UMBI, Pejabat Pentadbiran TMC dan makmal-makmal UMBI. Antara kriteria baharu yang turut dinilai adalah amalan ESG (Environmental, Social and Governance). Kriteria ini menitiberatkan pelaksanaan kitar semula serta elemen amalan-amalan ke arah penjimatan.

Pihak UMBI mengucapkan terima kasih di atas segala pandangan serta cadangan penambahbaikan yang telah diberikan sepanjang audit ini.

Pn. Masilawati bergambar kenangan bersama Pn. Zuraini (Fasilatator 5S UMBI) dan Pn. Zam Zureena (Ketua Zon Makmal UMBI)

SDG 8 | SDG 16
Keywords: Creativity and innovation, Productivity employment, Safe work, Education, Quality of life